Tuesday 30 April 2013

KeaMaNaN DaN KeHaRmOnIaN..


#ISLAM UNTUK SEMUA...BERJUANG KERANA ALLAH..TAJDID NIAT..
# JADILAH SEORANG PERJUANG YG MENGAMALKAN SYARIAH ISLAM...
# KITA BAWA IMEJ ISLAM...JGN ROSAKKAN IMEJ ISLAM...ISLAM 2 KN AGAMA KEAMANAN...


Monday 29 April 2013

lamenya x update blog....bersarang btoi..hehehh...just nk kongsi gmbar time jen jalan kt mlaka...

1) TAMAN SERIBU BUNGA

cmel x???poyo...




tempat sy maen2 ngan ank raja...heheh


klo nk knl..nie la propolis..


my best frend (bff)

anggor..?? no..this is bunga




heheheh.....best sgt jln2 time nie bersama shbat n abgku n kakak ipar ku yg cute..huhuhu...time nie bhgia sgt...t ad mse nk jaln2 kt sni untuk '..............'hahah..photograft


5 sebab tidur selepas Subuh mesti dielakkan:



1 ~ Bukan amalan para ulama dan orang soleh
2 ~ Terlepas menghirup udara segar
3 ~ Menimbulkan rasa malas dan tidak bersemangat pada hari tersebut
4 ~ Pintu rezeki menjadi sempit
5 ~ Mendatangkan beberapa jenis penyakit pada badan

Jika terlalu mengantuk, tidur di luar waktu Subuh iaitu apabila matahari sudah terbit ketika masuknya waktu Dhuha.

 

Sunday 16 October 2011

::..AnDai nAnTi CiNtA iTu HaDiR UntUkKU..::

Ya Allah ..Andai nanti cinta itu hadir untukku,biarlah cinta yang berhak bagiku,cinta yang halal pada pandanganMU...
Ya Allah...Andai nanti cinta itu hadir untukku, jangan biarkan cinta itu melebihi cintaku padaMu....
Ya Allah.Andai nanti cinta itu hadir untuk ku, penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu terlebih dahulu,bila rasa cintaku padaMu tetap seperti dahulu...
Ya Allah...Andai nanti cinta itu hadir untukku, kurniakan seorang yang hatinya penuh kasih kepadaMu, biar aku cintanya kerana aku kagum padaMu....
Ya Allah..Andai nanti cinta itu hadir untukku ,biarlah pengaduan atas deritaku ,rasa syukur atas kebahagianku hanya ku panjatkan kepadaMu terlebih dahulu kerana aku yakin Engkau lebih memahamiku....
Ya Allah...Andai cinta itu hadir untukku, khusyukkan aku dalam solatku ,tenangkan hatiku dalam ibadahku kerana fitrah insaniku telah Kau sempurnakan untukku...
YaAllah...Andai cinta itu hadir untukku, kurniakanlah insan yang Engkau ncintai untukku...AMIN






Friday 16 September 2011

...:aIr MaTa IbU::..

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu wanita."

Dia tidak mengerti, kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tidak akan mengerti..."

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting.

Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri.

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya.Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

Ini airmata kehidupan.

Wallahu A'lam...

Wednesday 7 September 2011

kAwEn2..::..

"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”

Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :

"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibu bapanya, apa saja dosa yg dia buat, dr dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."

*bukan senang nak kahwin kan :D
 

Saturday 27 August 2011

iJaZaH..PhD.:..

xlama lagi aku akan tamat belajar di universiti Ramadan.huhu.sedih betul..di universiti ini byk kelebihan..universiti paling terbaik di dunia pula 2..
ada kursus baca al-quran,kursus qiamulail, kursus solat terawih, dan ada banyak lagi kursus lain yg ditawarkan..yg paling istimewa kursus lailatul qadar tp kursus ni hanya org terpilih je yg dapat.huhu..
smoga aku mendapat pelajar cemerlang di universiti ramadan ni.....
amin dan i.allah selepas ni ak nk sambung phD d universiti syawal pula…hehehe..